Ujian Penilaian eKelas (Matematik & Sains)

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Ogos 2019 yang lalu, kelas digital eKelas telah mengadakan ujian penilaian bagi pelajar-pelajar Tahun 6 untuk subjek Matematik dan Sains. Kelas ini juga merupakan kelas secara langsung yang terakhir bagi Tahun 6 untuk memberi peluang kepada mereka membuat persiapan akhir bagi menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

Ujian penilaian ini dibuat secara online dan mempunyai 40 soalan bagi setiap subjek. Hanya seorang pelajar yang menduduki ujian penilaian tersebut dari Pusat Internet PPR Seri Semarak. Adik Amierul mengambil masa selama 2 jam untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan bermula jam 10.20 pagi sehingga 12.20 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali